29 Oct 2011

Cinta kita: nukilan kisah cinta dua jiwa

Salam...
lama rasanya aku tak ketawa... kenapa?? mungkin kerana takde benda dalam hidup aku yang buat aku gembira... kadang2 aku rasa hidup ni kosong... tiap hari aku lalui tanpa ada teman disamping aku... dulu hari ku begitu ceria dan indah dengan adanya si dia yang tak pernah jemu melayan kerenah aku...***
kisah aku dan dia bermula semasa kami sama2 mengikuti satu summer camp 7 tahun yang lalu..pada masa itu, aku belum mngenalinya kerana kami dari sekolah yang berlainan... semasa kem tersebut aku ditakdirkan berpasangan dengan dia utk 1 acara berpasangan.. betapa menyampahnya aku dengan perangainya yang sangat hyper... dia  seorang yang aktif dan mulutnya tidak boleh dikunci...ada saja perkara yang di bualkan... aku pula seorang yang agak pendiam...satu hari sebelum tamat kem, kami dibawa masuk ke hutan utk berjalan di dalam hutan.. semasa di hutan, aku terpijak duri pokok rotan yang menjalar.. lalu kakiku luka dan aku tidak mampu berjalan.. dia kebetulan yang berada dbelakangku mengambil tindakan pantas merawat lukaku dan memapah aku sepanjang perjalanan keluar dari hutan..***
pada hari terakhir kem, kami masing2 bersiap utk pulang ke rumah.. dia sempat mengambil nombor telefon rumah ku kerana budak2 sekolah zaman dulu mana ada handfone lagi.. seminggu selepas kem berakhir,pada suatu malam dia menelefonku.. kami berbual panjang..dan pada malam tersebut juga dia telah menyatakan hasratnya utk melamar aku menjadi kekasihnya... dan aku terdiam... kerana bagi aku usia kami masih muda utk bercinta.. 17 tahun memang umur dimana remaja sedang hangat bercinta tetapi tidak bagi aku..aku lebih pentingkan pelajaran... lalu aku menyatakan kepada dia cukuplah sekadar berkawan... dia akur walaupun hatinya agak hampa... kami berkawan selama setahun dan selepas tamat SPM, sekali lagi dia melamarku utk menjadi tunangannya... aku sekali lagi menolak kerana bagiku terlalu awal utk bertunang...aku menyatakan lebih baik berkawan hingga sampai satu masa nanti kalau ditakdirkan ada jodoh.. aku akan menerima dia.. dia masih akur dengan keputusan aku walaupon jelas terpancar diwajahnya satu perasaan sedih bercampur kecewa... ***
aku dan dia meneruskan tali persahabatan ini selama 4 tahun...setelah tamat pelajaran di universiti dengan mengenggam segulung ijazah, dia sekali lagi melamarku untuk dijadikan suri dihatinya dan sekali lagi aku menolak kerana aku masih mempunyai tanggungjawab kepada keluargaku... aku sudah berjanji akan membalas jasa ibu bapa ku terlebih dahulu sebelum membina keluarga sendiri... aku berulang kali memberitahu hal tersebut kepada dia dengan harapan dia memahami aku... dan pada suatu hari aku nekad utk melepaskannya kerana bagiku mungkin dia perlukan seseorang yang boleh membahagiakan dia kerana aku tidak mampu menunaikan permintaan dia buat masa ini... setelah aku berterus terang dengannya, dia nekad utk menungguku walau sampai akhir hayatnya sekalipun.. aku merasa sangat bersalah kepada dia kerana dia telah banyak berkorban masa utk menantiku..***
suatu hari aku menerima panggilan telefon daripada seseorang. dia memperkenalkan dirinya sebagai abg kepada temanku itu.. dia memintaku datang kerumah mereka kerana ada hal penting yang harus aku tahu..aku terus bergegas ke rumah dia...***
kulihat ramai tetamu yang hadir... aku terus masuk ke dalam rumah dia.. suasana dalam rumah begitu suram... kakak temanku menjemputku masuk kedalam satu bilik... tiba2 aku terlihat satu tubuh terbaring kaku diatas katil.. badanku menggeletar...dan ku lihat wajah dia tenang seperti sedang tidur... aku sudah tidak mampu berkata apa2..aku terduduk disamping ibunya... aku hanya mampu memeluk ibunya tanpa berkata apa2... dalam hatiku berkata..."Ya Allah... apa aku telah lakukan ini...kuatkanlah hatiku untuk menempuh dugaan ini..." sebelum pulang, kakak temanku menghulurkan sepucuk surat kepadaku.. aku menyambutnya dan terus berlalu pergi....***
malam itu, aku masih terbayang apa yang berlaku.. seperti suatu mimpi, dia yang selalu membuat aku tersenyum telah jauh meninggalkanku....tiba2 aku teringatkan sepucuk surat yang ku terima siang tadi..aku membuka surat itu dan membacanya....

"Assalamualaikum awak,
semasa awak baca surat ni, mungkin saya dah takde... 
tapi takpelah awak teruslah baca surat ni ye...
awak, sebenarnya sejak hari pertama kita bertemu di kem tu 
saya dah rasa sesuatu bila terpandang awk.. 
saya rasa awaklah orang yang saya akan berikan kasih sayang saya.. 
sebab tu saya cuba dekati awak walaupon awak x berapa suka saya dulu... 
pastu Alhamdulillah lepas kem kita dah start baik... 
saya selalu berdoa supaya saya dapat kawan ngan awak lagi lama.. 
masa saya mintak awak jadi kekasih saya tu sebab 
saya takut awak jumpa orang lain, saya tak nak kehilangan awak.. 
tapi awak tak terima saya, saya sedih..
tapi takpe saya terus berdoa mintak awak jadi jodoh saya..
saya slalu buat solat istikarah utk mintak petunjuk...
dan masa saya mintak awak jadi tunang saya sebab saya dapat petunjuk 
dari Allah yang awak ni mungkin jodoh saya, tapi awak tolak..
saya sedih lagi tapi takpe saya akan cuba lagi.. 
setelah 4tahun saya tunggu masa tu nak lamar awak sebab hati 
saya kuat sangat cakap awak jodoh saya... hari yang sama saya
lamar awak jadi suri saya tu. hari tu jugak saya dapat tahu saya sebenarnya 
mengidap kanser otak.. saya dah tak tau nak buat macam mana 
sebab dah sampai tahap akhir... pada masa tu saya bersyukur
jugak sebab awak tak terima saya... kalau awak terima saya mesti
awak lagi merana lepas saya dah takde kan?? 
so biar lah awak bebas utk cari jodoh awak... mungkin saya bukan 
jodoh awak kat dunia ni... tapi saya harap dapat jadi
jodoh awak kat syurga nanti... salam sayang dari saya...
wassalam...

air mataku menitis tanpa henti... aku sangat2 sedih dengan pemergian dia.... aku mnyesal kerana menolak dia selama ini... kalau aku tahu semua ini akan terjadi, mesti aku dah lama terima dia..walaupon dapat bersama dia sekejap, aku rela..tapi semua telah tertulis..mungkin aku bukan jodohnya...aku harap dia akan menantiku di syurga kelak... selepas peristiwa itu, hatiku terus terkunci untuk mana2 lelaki... tiap hariku juga terasa sunyi tanpa senda gurau dia...tiada lagi senyum tawa yang dapat aku ukir bersama dia..hanya doa yang mampu aku kirimkan kepadanya....biarlah usikan dia mekar didalam hati ini...biarlah tiada pengganti..aku hanya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat... amin...

P/S: cerita ini hanyalah rekaan semata ikhlas dari WOAINI buat teman pembaca..sebarang persamaan mungkin hanya kebetulan..

No comments:

Post a Comment