21 Oct 2011

NILAI PERSAHABATAN

macam mana korang menilai persahabatan korang?? dengan duit, masa or anything??
hurrmm...malam ni aku nak meluahkan ape yang tak terluah...hehehe...
suatu masa dulu..(zaman jahiliah) aku pernah melukakan seorang teman yang sangat mulia hatinya.. tapi tak tau kenapa aku ada je yang tak puas hati dengan dia sampai satu tahap aku betul2 marah dia sampai dia kecik hati sangat2.. masa tu dia dah tak boleh nak maafkan aku... baru lah aku sedar betapa bernilainya erti sebuah persahabatan pada masa tu..aku tak tenang sangat..aku pon berhadapan dengan dia dan aku menangis dan pujuk dia supaya terima maaf aku..lama jugak la dia nk terima...lepas dari tu dia macam biasa baik dengan aku, macam aku tak penah buat salah pada dia...sekali lagi buat aku puji dia..betapa murninya hati dia...

lepas dari kejadian tu, aku dah tak pandai nak marah orang,, aku takut sangat kalau buat orang terluka.. aku redha je bila aku yang dilukai oleh sahabat aku...yang penting aku dapat jaga hati dorang biarlah aku yang tanggung sakit di hati aku ni... dari tahun ke tahun perkara sama yang aku lakukan.. iaitu menjaga hati dan perasaan orang lain... 

sampai lah di suatu ketika aku mendapat seorang sahabat baru yang sangat baik denganku..aku dan dia sangat rapat..berkongsi suka dan duka... sama2 tertawa dan menangis.. sungguh indah saat bersama dengan sahabatku ini,, dengan adanya dia.. aku lebih menghargai erti persahabatan ni..banyak yang aku belajar sepanajang bersahabat dengan dia... aku belajar untuk melembutkan hati, dan dia selalu berpesan padaku..

"hati orang memang la kena jaga tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri..hati kita pon kene jaga jugak"

ye aku paham... dan aku cuba seimbangkan...aku cuba untuk jadi sahabat yang terbaik... setiap waktu aku tidak boleh berpisah dengan dia...bagiku bersama dengan dia membuatkan hidup aku ceria, bermakna (memandangkan mak ayah aku jauh di kampung). jadi dialah tempat aku mencurahkan isi hati dan kami sama2 berkongsi rahsia.. sunggun indah waktu itu..bagiku tiada sahabat yang sehebat itu... 
tapi kini, segalanya berubah,,setelah dia tinggalkan aku.. dia kini dah jauh dari aku...kerjaya dan tugas masing2 sudah berbeza..dia sudah tercampak ke timur manakala aku di barat... setelah ketiadaan sahabat ku disisi, hidup aku terus berubah...aku lebih senang sendiri...melakukan segalanya sendirian.... hati aku juga kekosongan tanpa sahabat ini..tiada senyum dan gelak tawa lagi menghias hariku...terasa suram tanpa ada sahabat ini... 

inilah yang aku cuba nak sampaikan....erti persahabatan yang tak mampu aku nilaikan...harganya tak ternilai...perasaan kasih dan sayang akan persahabtan ini membuatkan aku tetap menjaga bunga2 persahabatan ini supaya tidak layu dimakan hari....

untuk sahabatku, jika kamu terbaca entri ini, aku nak bgtau..kamu adalah sahabat terbaikku dunia akhirat... nilai persahabatan kita takkan jatuh walaupon saham jatuh..huhuhu....


buat kawan lain..aku tetap sayang sama korang semua..korang tetap dalam hati ku...... love~~


No comments:

Post a Comment