20 Oct 2011

WHAT'S UP BRAIN !!!

hai...Assalamualaikum..:)
kali ni aku nak celoteh pasal otak kita..OUR BRAIN omputeh kata..korang semua mesti tau kan yang otak kita ada dua bahagian..kanan dan kiri...then korang tau tak otak kanan dan kiri ni ada tugas2 dorang sendiri yang sangat2 berguna untuk kita..aku selalu dengar ada orang cakap "kitorang hebat tau sebab ktorang geng otak kanan bla..bla.." (budak seni2 ni..macam aku..hahah)

hmmm...kalo korang nak tau, otak kita ni sama2 berguna.. kita sendiri kena seimbangkan penggunaan otak kita ni...sebagai contoh kalau kita ni study engineering (lebih cenderung otak kiri) jangan lah sampai 24 jam nak fikir pasal logic dan perkiraan sampai tak guna otak kanan langsung.. kita boleh luangkan masa dengan mendengar muzik atau melukis supaya otak kita sama2 seimbang..sebab bila kita guna otak kanan, dapatlah otak kiri berehat dan macam tu jugak sebaliknya.. 
ok2..banyak plak aku melalut..sebenarnya aku nak bagi info pasal otak ni....

OTAK KANAN:berfungsi dalam perkembangan EQ (Emotional Quotient), seperti hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi.

OTAK KIRI:berfungsi sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient) seperti hal perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitungan dan logik. Daya ingat otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerosakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan matematik.

Walaupun kedua-dua otak mempunyai fungsi yang berbeza, tetapi setiap orang akan ada kecenderungan untuk lebih menggunakan salah satu bahagian otak dorang dalam menyelesaikan masalah tetapi seperti yang aku bgtau tadi, setiap otak ni akan terlibat dalam hampir semua proses pemikiran kita. 

ada sumber: Doug Hall mengatakan, dominasi kerja otak orang mempengaruhi kepribadian :

Si otak kanan : kelakar, simple, menyenangkan, boros, lebih percaya intuisi, 
idea: ekspresi diri, lebih memilih perasaan sebagai penyelesai masalah, mempunyai impian besar, tukang sorak, “pelanggar peraturan”, bebas, spontan.

Si otak kiri : serius, rumit, membosankan, berjimat, lebih percayai fakta, rapi-tersusun,
idea : lebih memilih keilmuan, hati-hati, berpengetahuan umum,  pembuat peraturan, konservatif.


So, korang lebih cenderung kepada otak mana?? kiri ke kanan?? 



P/S: aku lebihkan otak kanan.. afdal..hehhe...tapi memang ramai pon remaja zaman sekarang ni cenderung otak kanan(imaginasi tinggi)..hahaha..:P

before tu, cuba korang main games ni k... ikut arahan ni....tengok macam mana korang kawal otak kanan dan kiri..try it...have fun!!!


-sekian-

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget